SEJARAH NEGERI PERAK
Ada
berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah
pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara
Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari
'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari
pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah
yang terkandung di buminya.
Negeri
Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan
di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman
Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga
8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari
masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan
jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama
Perak Man.
Negeri
Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman
Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu.
Selepas
zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi
dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah
Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa
kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman.
Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik
sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan
Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada
tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi
kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang
dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri
Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran
dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar.
Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan
lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga
memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan
memerintah turun temurun.
Implikasi
dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk
terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris
yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan
melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut.
Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan
dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya.
Pada
mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik,
tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap
masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan
yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh
pada tahun 1875.
Sistem
Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah
Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa
pendudukan Jepun hingga tahun l945.
Babak
penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah
diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak
berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab
mengenainya.
Selepas
pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah
tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk
menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya
mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem
pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat
jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri
telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah
Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun
l957.
Kemerdekaan
Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri
Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat
di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan
memerintah turun temurun.
Demi
mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda
Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah
dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.
Zaman Pra Sejarah
Negeri
Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat
bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman
Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age).
Zaman Batu Lama (Paleolitik)
Zaman
ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum
masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak
yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga
dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan
alat-alat batu yang belum sempurna buatannya.
Zaman Hoabinhian
Zaman
ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi.
Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok,
Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa
alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk
membuat pencelup merah (haematite).
Zaman Batu Baru (Neolitik)
Zaman
ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan
daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan
persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih
sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah
pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok
tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam.
Zaman Logam (Metal Age)
Zaman
ini wujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat
yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River
menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa
dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah.
Terdapat juga sejenis alat besi yang aneh bentuknya yang dikenali
sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin.
Zaman Hindu/Buddha
Jumpaan
di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum
Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan
lembaran Sejarah Negeri Perak. Pengaruh kebudayaan orang-orang India
dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah
mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan
patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor,
Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.
Perak Selepas Pra Sejarah
Zaman Kedatangan Islam dan Sebelum Kesultanan
Kerajaan
Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas
lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan
Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada
menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam
datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di
Pantai Timur.
Di
samping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak
melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa
pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To'
Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan.
Zaman Kesultanan
Titik
kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem
kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan
Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke
arah pemodenan.
Kejumpaan
bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah
mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan
Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber
ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina
dan India datang ke negeri ini.
Dari
dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya,
Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34
orang sultannya hingga sekarang ini.
Penjajahan
Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan
beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan
terhadap sistem tersebut.
Campur Tangan Inggeris
Termeterinya
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan
pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di
Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor
mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak
sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau
yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina.
Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional.
Teks Perjanjian Pangkor Pada 20 Januari 1874
-
Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
-
Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
-
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
-
Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
-
Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Penentangan Terhadap Sistem Pentadbiran Inggeris
Sistem
Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah
tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan
Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula
penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch.
Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah
penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun
begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu.
Sistem Pemerintahan Residen
Kuasa
Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang
dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola
pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi
berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan
dengan agama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah
berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan
sehingga pendudukan Jepun.
Perang Dunia Pertama - 'Zaman Meleset'
Walaupun
Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di
Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia.
Negeri
Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan
antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah
mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan
terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman.
Perang Dunia Kedua
Bahana
Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8
Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu.
Negeri
Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942. Pahit getir
zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.
Comments
Post a Comment