10 Tempat Menarik di Perak untuk dilawati
#1 Pulau Pangkor
Saya mulakan dulu dengan Pulau Pangkor yang merupakan antara tarikan utama di negeri ini. Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan dan tidak lain merupakan satu pulau Peranginan yang popular di sini dan Malaysia Saling tidak kalah dengan Pulau Sibu, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan lain-lain Pulau di Malaysia. Di sini banyak resort dan hotel untuk menginap dan sangat bagus untuk anda melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini. Anda boleh bercuti ke Pulau Pangkor bersama keluarga ataupun anda boleh ke sini untuk melakukan banyak aktiviti lasak. Memang terbaik.
Ada banyak pulau-pulau bersebelahan dengan Pulau Pangkor seperti Pulau Giam dan Pulau Mentakur. Tidak lupa juga pantai-pantai di Pulau Pangkor yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk beristirehat bersama keluarga. Memang terbaik.
#2 Pulau Sembilan
Ianya adalah himpunan pulau-pulau kecil di Perak yang memang menjadi tarikan pelancong. Hidupan laut di sini masih tidak tercemar dan kami memang menggalakkan untuk anda datang ke sini. Bagi yang suka tengok terumbu karang, inilah tempatnya. Tetapi, kami galakkan untuk anda ke Pulau Pangkor terlebih dahulu sebelum ke sini. Apapun, untuk ke sini, anda perlu menggunakan jeti Kampung Sungai Burung dan mengambil masa setengah jam untuk ke Pulau Sembilan.
#3 Pulau Marina
Terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor dan yang menariknya berkenaan dengan tempat ini, pengunjung boleh ke Pulau ini dengan menaiki kereta. Terdapat jeti di sini yang di mana, perjalanan dari jeti ini ke Pulau Pangkor hanyalah 10 minit sahaja berbanding satu lagi jeti di Lumut. Tak salah tempat ini menjadi semakin popular kerana perjalanan ke Pangkor menjadi lebih cepat dari ini. Kalau nak ke Pangkor, bolehlah ke jeti Pulau Marina ye.
#4 Pantai Pasir Panjang
Taman Tema dan Hiburan
#5 Bukit Merah Laketown Resort
Tempat ini merupakan satu taman tema yang popular di sini malahan di Malaysia. Antara tarikan yang anda boleh dapat di sini adalah Eco Park dan Water Park. DI sini juga ada resort yang pastinya membuatkan anda teruja dan tidak jauh dari sini terdapat sanktuari orang utan. Kalau anda ke sini, nasihat saya, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Bukit Merah Laketown Resort ini. Bukan anda sahaja, malahan, anak-anak akan teruja nanti.
#6 Lost World of Tambun
Taman Tema yang lengkap dengan kemudahan seperti water park dan yang menarik di sini, terdapat juga hot spring park. Terdapat juga resort yang menarik di sini untuk anda menginap. Boleh menginap di sini sambil-sambil melihat keadaan yang menarik di sini. Apapun, memang tidak salah untuk anda mengambil kesempatan dan melihat sendiri kecantikan dan keseronokan Lost World of Tambun.
#7 Bukit Larut
Salah satu keunikan negeri Perak adalah dengan adanya Bukit Larut. Ianya merupakan satu tempat perlancongan tanah tinggi yang popular juga banyak hotel dan chalet yang ada di sini jika anda bercadang untuk menginap di sini. Ianya menjadi satu pusat perlancongan tanah tinggi yang popular dan kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk mendaki. Anda boleh berjalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun.
Sedikit info berkenaan dengan Bukit Larut, ketinggian bukit ini adalah 1250m di atas paras laut. Jadi memang sejuk tempat ini dan saling tak tumpah dengan Cameron Highland ataupun Bukit Tinggi yang merupakan destinasi perlancongan tanah tinggi yang popular di Malaysia.
#8 Zoo Taiping dan Night Safari
Zoo Taiping dan Night Safari adalah antara tarikan yang unik yang anda kena pergi. Ianya amat sesuai untuk percutian keluarga dan merupakan antara terbaik yang anda boleh pergi kalau anda ke sini. Zoo ini tidaklah sebesar zoo Melaka ataupun zoo negara, tetapi bolehlah kalau anda nak melihat sendiri keunikan binatang-binatang yang ada di sini. Apapun, anak-anak kecil pasti gembira dengan binatang-binatang yang ada di sini. Pelbagai aktiviti yang pihak zoo adakan seperti persembahan haiwan dan waktu untuk beri makan kepada haiwan. Lokasi Zoo Taiping ini terletak di bahagian utara negeri ini dan merupakan salah satu tarikan utama di Utara. Tidak dinafikan, banyak perkara yang anda boleh lakukan di sini. Apapun jika anda ke sini, ambil masa untuk ke sini dan alami sendiri keunikan Zoo Taiping ini.
#9 Menara Condong Teluk Intan
Ianya merupakan mercu tanda Teluk Intan. Apa yang menarik menara ini adalah ianya saling tidak tumpah dengan Menara Condong Pisa di Italy. Menara ini sudah berada di Teluk Intan sejak tahun 1885 dan masih tersergam kukuh tidak dimamah usia.
#10 Gua Tempurung
Gua ini merupakan gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan sejauh 4.5km. Bahagian yang orang ramai boleh masuk adalah sejauh 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah sejauh 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki menjadikan gua untuk mudah untuk diakses daripada luar untuk melihat pemandangan di Gua Tempurung ini.
Jom cuti-cuti Malaysia ke Sini
Cukuplah saya berikan beberapa senarai tempat unik dan menarik di Perak untuk dilawati. Sekali lagi, apa yang penting bagi anda sebelum memulakan perjalanan anda adalah untuk merancang perjalanan anda. Caranya adalah dengan membuat tempahan hotel atau penginapan lainnya dan cuba rancang sebaik mungkin.
Comments
Post a Comment