PETUA -PETUA ORANG TUA
Ubat Kembong Perut
Anda mengalami masalah kembong perut akibat tersalah makan ataupun perut masuk angin?. Cuba petua ini. Ambil dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih berkenaan. Selepas itu kupas kulitnya dan makanlah bawang putih berkenaan. Insya Allah dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan dan anda akan berasa lebih selesa.
Ubat Kencing Manis
Ambil hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk.Esoknya bila hempedu itu telah sejuk, telannya bersama dengan air sejuk. Lakukan selama seminggu, anda akan dapat merasakana perbezaannya.
Kencing Tidak Lawas
Untuk atasi alahan ini, gunakan air basuhan beras. air basuhan beras yang ketiga. Ianya lebih bersih berbanding air basuhan pertama. Minum air basuhan tersebut satu gelas setiap hari. Minumlah sehingga penyakit anda sembuh.
Petua Hilangkan Cirit Birit
Jika anda mengalami cirit birit, cuba langkah berikut, Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu. Tumbuk hingga lumat bersama sedikit air. Tapis dan ambil airnya sekitar satu sudu besar.Berselawat dan minumlah air tersebut. Insya Allah sembuh.
Petua naikkan seri wajah
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda
Buah Mengkudu Mencegah Kelemumur & Rambut Gugur
Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu. Ambil tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis. Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.
Mengatasi Alahan Selsema
Untuk atasi alahan ini, terutamanya akibat akibat alahan terhadap sesuatu benda, lakukan cara ini. Ambil air panas, letakkan ke dalam satu bekas. Tumbuk dua ruas halia dan dua batang serai, lalu masukkan ke dalam bekas tadi. Masukkan juga hirisan limau nipis. Tutup bekas itu supaya udara yang naik itu berkumpul. Perlahan-lahan buka penutupnya dan dengan perlahan-lahan juga sedut udara panas yang keluar dari bekas tersebut. lakukan berulang-ulang sehingga alahan tersebut sembuh.
Hilangkan Parut
Goreng segenggam beras (jangan goreng dengan minyak pula), biarkan ia kekuning-kuningan. Lepas tu tumbuk atau hancurkan hingga lumat / luncai. Gunakan apa yang patut. Kemudian campurkan beras yang kau lumat-lumatkan tadi dengan air asam jawa. Lepas tu gosok-gosokkan le pada seluruh kulit badan. Aaa mestilah buat sebelum kau mandi... Kalau dah mandi buat lain kali je..lah. Petuanya, buat amalan ni setiap pagi sebelum mandi.. Kalau takut tak sempat pergi kerja, ha.. bangun awal sikit. Kesannya kulit akan menjadi lembut dan lama-kelamaan parut akan hilang.
Hilangkan Panau
Masalah panau?. Kat mana?. Kat
muka? Kat Leher?. Bukan?. Abih tu kat mana?. OOO.... kat badannnn. Haaa... ini
petuanya.Ambil sedikit belerang serbuk (sedikit saja tau, bukannya nak buka
kilang mercun), kemudian cari sebiji limau nipis. Kalau dah tau ada kat dapur,
haa lagi senang, tak payah cari... pergi ambil... Lepas tu limau tu kau
belah-belahkan (jangan cincang-cincang pulak). Jangan belah banyak2, belah dua
dahle. Kesian pulak kat limau tu.... kan...kan... Lepas tu sapukan sedikit
belerang ke atas permukannya. Gosokkan limau bersalut belerang tu ke bahagian
yang berpanau tu. Masa mana nak buat?. Itu kau punya sukalah. Tapi, kita
syorkan seeloknya apabila kau dah nak masuk tidur. Buatlah beberapa malam macam
tu. Tengok perubahannya.Insya Allah. Aaaa.... ini satu lagi pesan nenek aku,
kalau susah sangat nak cari limau nipis (maklumlah limau kan bulat-bulat belaka),
gunakan lengkuas pun boleh juga.
Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. In sha Allah
Petua Kekalkan Kelangsingan
Badan
Petua ini buat mereka yang
ingin mengekalkan kelangsingan badan. Selain daripada memakan makanan yang
seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan, anda boleh amalkan petua berikut:
Makanlah dengan teratur
mengikut masanya, jangan makan makanan lain di antara senggang antara
waktu-waktu makan berkenaan, makanlah hanya apabila anda berasa lapar dan
berhenti sebelum anda berasa kenyang. Dengarnya mudah tapi sukar untuk
diamalkan.
Selamat Mencuba
Comments
Post a Comment