Selamat datang ke tahun 2017. Seperti 2016, industri perfileman
Hollywood nampaknya tidak akan memperlahankan langkahnya tahun ini dan
akan terus menyajikan filem-filem terbaik untuk anda! Sebenarnya
terdapat banyak sangat filem-filem hebat untuk tahun ini. Dari puluhan filem yang bakal keluar tahun ini, kami pilih 25 filem
yang paling dinantikan dan wajib ditonton oleh peminat filem di luar
sana. Susunan filem dalam senarai ini pula adalah berdasarkan tarikh
tayangan dan bukannya berdasarkan filem mana paling ditunggu-tunggu.
Sudah sedia? Jom! 25. Split (19 Januari)
Ini antara filem paling saya nantikan dari tahun lepas. Filem terbaru
arahan direktor terkenal M. Night Shyamalan. Filem ini berkisahkan
Kevin yang mempunyai 23 personaliti dalam dirinya di mana beliau
menangkap 3 gadis sebagai tahanannya. Personaliti terakhir beliau ‘The
Beast’ akan dibangkitkan dan Kevin cuba untuk tidak membangkitkan
personaliti terakhir itu demi keselamatan personaliti beliau yang lain
dan orang-orang di sekeliling. Nampak sangat promising filem ini tetapi
saya sudah masak sangat dengan M Night Shyamalan ni. Mesti ada saja
twist tak masuk akal dalam filem beliau nanti. Harap-harap dia tidak spoil cerita ini. James McAvoy pun nampak hebat dalam filem ini!
24. Resident Evil: The Final Chapter (19 Januari)
Alice & Co are back for this final chapter of Resident Evil!
Resident Evil berkongsi tarikh tayangan dengan Split jadi anda kena
pilih untuk tengok yang mana satu dahulu. Alice, Jill, Claire, Chris,
Leon, Ada dan Wesker adalah manusia terakhir yang tinggal di Racoon City
dan dalam usaha untuk menghapuskan The Red Queen, mereka perlu
bertempur dengan armada Zombie yang banyak dan ganas. Dengan filem ini,
maka berakhirlah tugas Milla Jovovich sebagai Alice yang dipegang oleh
Milla sejak tahun 2002. 14 tahun berlalu sejak siri pertama filem ini! 23. xXx: The Return Of Xander Cage (26 Januari)
Vin Diesel kembali memegang watak terkenal beliau, Xander Cage. filem
xXx antara filem awal yang mengangkat nama Vin Diesel dalam persada
filem aksi. Kali ini, Xander Cage ditugaskan untuk mendapatkan Pandora’s
Box, senjata berbahaya yang boleh menyebabkan perang dunia. Aktor lain
seperti Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Donnie Yen dan Deepika Padukone
akan turut bersama dalam filem ini. 22. John Wick 2 : Chapter 2 (9 Februari)
Sebenarnya ramai tidak menyangka John Wick akan menjadi antara filem
terbaik lakonan Keanu Reeves. Kini beliau kembali untuk meyempurnakan
misi terbaru yang ditugaskan kepadanya. Ini antara filem Keanu Reeves
kegemaran saya dan semestinya kena ada dalam senarai ini. Kalau anda
belum tonton yang pertama, silakan. Nampaknya beliau sudah ada anjing
yang baru untuk filem ini. 21. Logan (2 Mac)
Buat peminat setia siri X-Men, ini merupakan filem terakhir Hugh
Jackman sebagai Wolverine. Selepas ini beliau tidak akan lagi memegang
watak ini. Berdasarkan trailer Logan di atas, kita nampak filem ini
nanti akan jadi sangat deep dan serious sama seperti versi komik Old Man Logan. Bagaimanakah pengakhiran hidup Wolverine dalam franchise X-Men ini? Siapakah yang layan untuk menyambung legasi Wolverine selepas ini? 20. Kong: Skull Island (9 Mac)
Siapa tak kenal King Kong. Kong: Skull Island merupakan siri reboot
untuk franchise King Kong yang terdahulu dan filem terbaru ini diarah
oleh Jordan Vogt-ROberts, pengarah muda di mana filem ini merupakan
filem budget besar beliau yang pertama. Jika semuanya berjalan lancar
dari segi kutipan dan kritikan, besar kemungkinan mereka akan hadir
dengan sequel yang lebih hebat; Kong vs Godzilla. Sangat awesome! 19. Beauty & The Beast (16 Mac)
Aah, siapa yang tidak pernah tonton kartun Disney ini. Beauty &
The Beast adalah salah satu filem Disney kegemaran saya dan apabila
ianya hadir dalam bentuk live action, saya antara yang teruja
dengan filem ini! Dengar-dengar tiada perubahan dari segi jalan cerita
dan lebih menarik filem ini berkonsep muzikal sama seperti versi
animasinya!
18. Power Ranger (23 Mac)
Behold all Ranger’s fans. Inilah tarikhnya untuk anda lihat
hero zaman kecil anda beraksi di layar perak dengan kostum serba baru
dan Megazord serba baharu! 5 remaja bersatu tenaga untuk bertarung
dengan Rita Repulsa dan sama-sama menjaga bumi dengan bantuan Megazord.
Tak sabar nak tengok Megazord versi baharu Power Rangers ini. Sebab
memang lain betul kostum dan Megazord Power Rangers versi filem ini. 17. Ghost In The Shell (30 Mac)
Sebuah lagi anime legendary Jepun diterjemahkan ke filem
Hollywood. Berdasarkan trailer ini, nampak sangat berpotensi walaupun
agak pelik kenapa Hong Kong dipilih sebagai ‘dunia’ cerita ini sedangkan
filem ini berasal dari Jepun. Pemilihan Scarlett Johansson sebagai
Major Motoko Kusanagi adalah pilihan yang tepat dan sama-sama kita
tunggu sama ada proses ‘pemutihan’ Hollywood ini berjaya untuk anime
ini. Disarankan untuk tonton anime ini dahulu. 16. Fast & Furious 8 (13 April)
Menarik tentang Fast & Furious 8 adalah pada salah satu lokasi
pengambarannya, Cuba. Ini merupakan filem kedua Hollywood yang
menjalankan pengambaran di sana sejak 1962 selepas filem indie ‘Papa’
pada tahun 2014. Embargo hubungan antara Cuba dan Amerika Syarikat
terhadap dunia perfileman di sana hanya pulih pada tahun 2014. Ini
merupakan filem pertama tim Fast & Furious tanpa kelibat Paul Walker
dan dapatkan momentum Fast & Furious ini diteruskan tanpa Paul?
Tetapi berdasarkan sedutan pengambaran Fast 8, nampaknya nothing slowing them down! 15. Guardians Of The Galaxy Vol.2 (27 April)
Pada mula peminat tidak menyangka GOTG akan menjadi hebat seperti
mana franchise Marvel yang lain. Tetap Star-Lord & Co menjamu
peminat dengan aksi dan kelucuan yang membuatkan peminat ternanti-nanti
untuk Vol.2! Untuk Vol.2 , lagu apa pula yang akan manghiasi filem ini?
Jujur ini antara filem yang saya nantikan. Direktor GOTG, James Gunn
berkata Vol.2 tidak akan mempunyai sebarang pertalian dengan Marvel Cinematic Universe dan tidak akan ada hint untuk Infinity Wars. Benarkah? Adakah ini sekadar strategi pemasaran? Itu kita ke pawagam untuk ketahui. 14. Alien: Covenant (18 May)
Pertama kali melihat trailer terbaru Alien ini, saya berpendapat
filem ini ada potensi! Franchise filem ini tidak perlu diperkenalkan
lagi dan untuk filem terbaru Alien ini, Pelakon favourite saya
Michael Fassbender akan menerajui pelakon-pelakon lain menerjah galaksi.
Apabila tiba ke planet yang mereka anggap syurga baru untuk manusia,
rupa-rupanya didiami makhluk yang berbahaya. Planet berkenaan tidak
manusia kecuali David, yang berjaya hidup sejak ekspedisi Prometheus
gagal.
13. Pirates Of The Caribbean: Salazar’s Revenge (25 May)
Aduh, Jack Sparrow kembali pulak dah! Tetapi jalan cerita filem ini
menarik juga. Captain Jack Sparrow telah diburu oleh musuh lama beliau,
Capitan Salazar yang mengemudi ghost pirates yang berjaya keluar dari Devil’s Triangle.
Captain Salazar berjanji untuk membunuh setiap lanun di lautan dan
dengan itu ingin mencari Trident Of Poseidon; alat yang boleh memberikan
kuasa untuk mengawal lautan. Filem ini pada awalnya dinamakan Pirates
of ‘the Caribbean: Dead Men Tell No Tales’ dan ditukar kepada Salazar’s
Revenge. Mungkin sebab terlalu panjang? 12. Wonder Woman (1 Jun)
Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Wonder Woman sudah pun muncul
dalam Batman Vs Superman. Gal Gadot kembali sebagai Diana Prince yang
mempunyai kuasa luar biasa dan seorang pahlawan puak Amazon yang hebat.
Apabila kapal terbang Steve Trevor(Chris Pine) terhempas di dunia Diana,
Diana meninggalkan puaknya dan ikut bertempur untuk menghentikan
peperangan dan kemudiannya dikenali sebagai Wonder Woman. 11. The Mummy (8 Jun)
Franchise The Mummy kini kembali dan kejutan paling hebat untuk siri
terbaru ini ialah tiada lagi Brendan Fraser dan tempat beliau digantikan
oleh hero Hollywood, Tom Cruise. Adakah The Mummy akan terus
menggunakan acuan lama di mana filem ini dipenuhi gelak tawa atau acuan
baharu di mana ianya akan menjadi lebih serius? Tom Cruise memang sudah
ada crowd attraction untuk tarik penonton ke panggung. Harap-harap reboot ini berhasil. 10. Transformers: The Last Knight (22 Jun)
Behold, Michael Bay is back! Perang antara Autobots dan
Decepticons kembali dan harap-harap ianya lebih menarik berbanding yang
sebelum ini. Melalui teaser yang dikeluarkan Paramount Pictures, nampak
seperti Optimus Prime bertarung untuk Decepticons dan bukannya Autobots!
Jadi kita tunggu sajalah kenapa Optimus Prime beralih arah. Jangkakan
letupan yang maha banyak kerana ini filem Michael Bay. Beliau sukakan
letupan. 9. Spider-Man: Homecoming (6 Julai)
Bagaikan sireh pulang ke gagang, Spider-Man kembali di bawah
kendalian Marvel! Setelah satu perjanjian dibuat bersama Sony Pictures
untuk hak cipta watak Spider-Man, Spider-Man kini mempunyai lebih
peluang untuk bersinar dalam Marvel Cinematic Universe. Tony Stark akan
turut sama berlakon dalam filem ini sebagai mentor Peter Parker.
Semuanya baik sahaja sehinggalah Vulture membuat kacau dan mengancam
orang di sekeliling Peter. Yang penting Aunt May dalam filem ini lawa. 8. War For The Planet Of The Apes (13 Julai)
Ape shall never kill ape! Ini merupakan kesinambungan dari
filem sebelumnya, Dawn of The Planet Of The Apes. Apabila Ceaser dan
puaknya mengalami kekalahan terus, kini mereka perlu kembali berperang
untuk menentukan nasib spesis mereka di bumi. 7. Valerian And The City Of A Thousand Planets (20 Julai)
Selepas 3 tahun, baru siap filem ini. Lama sungguh penantian. Eggsy
yang kini agen sepenuh masa kini akan mengembara ke Amerika Syarikat
untuk bekerjasama dengan agen Kingsman di Amerika Syarikat selepas HQ
mereka di Britain musnah diserang Poppy, seorang penjenayah hebat. Sama
seperti It, produksi Kingsman juga agak diam dengan perkembangan filem
ini. Harap-harap siaplah untuk tayang 5 October. 4. Thor: Ragnarok (2 Nov)
Mungkin ramai tertanya-tanya di mana Thor dan Hulk di dalam Captain
America: Civil War. Rupanya mereka ada perang sendiri yang perlu
ditangani. Ragnarok sendiri bermaksud kemusnahan dan Thor perlu kembali
ke Asgard kerana Asgard kini di diserang Hela, Permaisuri Hel yang mahu
melihat kemusnahan Asgard. Menurut producer Thor, Kevin Feige filem
Thor: Ragnarok ini adalah sangat penting untuk Marvel Cinematic Universe
Phase 3. Jadi jangan terlepas untuk tonton filem ini kerana pastinya
akan muncul hint-hint Infinity Wars dalam Ragnarok. 3. Justice League: Part One (16 Nov)
Jalan cerita Justice League akan bersambung dari Batman Vs Superman
di mana Superman terbunuh dalam pertarungan dengan Doomsday. Dari
kejadian itu Batman dengan bantuan Diana Prince mengumpulkan The Flash,
Cyborg dan Aquaman untuk membentuk Justice League untuk menjaga
kesejahteraan bumi. Jangkakan cerita ini mungkin kurang aksi dan lebih
penceritaan kerana ada dua bahagian untuk siri Justice League ini. 2. Star Wars: Episode VIII (14 Disember)
Ianya tahun yang bagus untuk Star Wars! Dengan kejayaan Rogue One: A
Star Wars Story tahun lalu, momentum franchise Star Wars ini nampaknya
tidak akan berhenti! Tahun hadapan pula kemungkinan besar spin-off
untuk Han Solo akan berada di pawagam dan Episode IX dijadulkan pada
2019. Senang cerita Star Wars pukul habis setiap tahun sehingga 2019.
Jadi untuk Episode VIII, adakah Rey akan menjadi seorang Jedi yang hebat
di bawah kendalian Luke Skywalker? Adakah Kylo Ren akan kembali dengan
lebih kuat selepas kekalahan di tangan Rey? Tak sabar nak tunggu bulan
Disember. 1. Jumanji (21 Disember)
Penutup tirai untuk tahun 2017 adalah filem terbaru dari franchise
Jumanji. Mengekalkan nama yang sama, sesiapa yang membesar di tahun 90an
pasti kenal sangat dengan jalan cerita Jumanji ini. Dengan gandingan 3
Stooges Jack Black, Dwayne Johnson dan Kevin Hart, apa lagi tuan-tuan
mahu? Mesti pecah perut dengan lawak-lawak mereka. Yeah, Jumanji terbaru
ini mestinya sangat fun!
Comments
Post a Comment