Posts

Showing posts from 2017

SEJARAH NEGERI PERAK

Image
  Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.  Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.  Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan terte

PETUA -PETUA ORANG TUA

Image
Ubat Kembong Perut Anda mengalami masalah kembong perut akibat tersalah makan ataupun perut masuk angin?. Cuba petua ini. Ambil dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih berkenaan. Selepas itu kupas kulitnya dan makanlah bawang putih berkenaan. Insya Allah dalam masa beberapa minit sahaja, angin dalam perut akan berkurangan dan anda akan berasa lebih selesa. Ubat Kencing Manis Ambil hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk.Esoknya bila hempedu itu telah sejuk, telannya bersama dengan air sejuk. Lakukan selama seminggu, anda akan dapat merasakana perbezaannya. Kencing Tidak Lawas Untuk atasi alahan ini, gunakan air basuhan beras. air basuhan beras yang ketiga. Ianya lebih bersih berbanding air basuhan pertama. Minum air basuhan tersebut satu gelas setiap hari. Minumlah sehingga penyakit anda sembuh. Petua Hilangkan Cirit Birit Jika anda mengalami cirit birit, cuba langkah berikut, Ambil beberapa helai daun pucuk jambu batu. Tumbuk hingga lumat

RAJA BUAH

Image
Sudah menjadi kemestian apabila tiba musim durian ramai yang berpusu-pusu menikmati raja buah ini kerana jatuh pada musimnya, harga pun jauh lebih murah dan boleh dimakan dengan banyak. Kalau kita hanya tahu durian Kampung dan Musang King, sebenarnya  terdapat banyak lagi yang popular kat Malaysia ni. Jom lihat di bawah berikut; 1. Udang Merah Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay Warna: Jingga kemerahan Rasa: Sedikit melekit dan manis Asal: Pahang, Johor 2. Musang King Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit. Mao Shan Wang Warna: Kuning terang Asal: Kelantan, Pahang dan Johor Rasa: Manis dan Pahit, Tekstur berkrim. 3.  Golden Phoenix Nama Lain: Jin Feng Warna: Kuning pucat dan keputihan Asal: Pahang, Johor Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam 4. Xo Nama Lain: Sultan Warna: Kuning pucat Rasa: Berkrim dan juga pahit Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands 5. D13 Warna: Oren Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya