Pulau Langkawi Pulau Lagenda

PULAU LANGKAWI PULAU LAGENDA

     LANGKAWI adalah salah satu daripada daerah Kedah Darul Aman.Pulau Langkawi ini sebenarnya ialah satu pulau yang terbesar di Malaysia.Pulau Langkawi ini telah diberi status bebas cukai pada tahun 1987.Pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan lagenda kisah silam telah menampilkan pulau ini sebagai satu tempat yang menarik dan terkenal sebagai tempat pelancongan.
      Nama Langkawi ini telah digabungkan dari perkataan "LANG" dan "KAWI".Perkataan "LANG" diambil daripada perkataan bahasa melayu iaitu 'HELANG' di mana satu masa dahulu pulau ini telah dikatakan menjadi tempat tinggal burung helang kawi.Perkataan "KAWI" pula beerti 'MERAH HATI' kerana burung helang yang tinggal di pulau ini mempunyai bulu yang berwarna merah hati dan kepalanya berwarna putih.Kawi juga beerti 'TULISAN KAWI' dimana ia telah digunakan oleh masyarakat Hindu Jawa.Kawi juga merujuk kepada Batu Kawi.

      Kawi dalam Bahasa Sanskrit ialah guli yang mana ia ditemui sebagai pertemuan Malaysia.Apabila kedua-dua perkataan ini digabungkan,ia membentuk perkataan "HELANGKAWI" yang kemudiannya menjadi "LANGKAWI". Itulah serba sedikit tentang sejarah Pulau Langkawi mendapat namanya.





     Di sini aku nak cerita sikit pengalaman aku membawa Mak dan Opah aku pergi bercuti-cuti di Pulau Langkawi. Aku pergi pada awal bulan Mac 2017 yang lalu, trip aku ni 4 hari 3 malam. Abah aku tak nak pulak pergi, malas katanya. Takpe la, next trip aku bawa Abah aku pulak. Perjalanan kami dari Ipoh ke Kuala Perlis memakan masa hampir empat jam, tu tak kira lagi singgah-singgah kat rnr atau hentian. Trip kali ni aku bawa Mak dan Opah aku naik feri yang boleh bawa kereta iaitu Langkawi Auto Express. Memang besar feri ni sama macam feri aku naik masa aku bertugas di Sibu Sarawak dulu. Cuma bezanya, feri ni seberang laut, feri dekat Sarawak tu seberang sungai jer.Perjalanan naik feri ni dalam 2 jam dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. Harga kena tengok jenis kereta dan juga cc kereta. Lagi besar cc, lagi mahal la. Nasib baik cc kereta aku kecik jer. Jimat la skit kos.Tapi kalau nak bawa kereta guna feri ni kena booking awal melalui online.



     Sampai jer di Pulau Langkawi, aku terus bawak mak dengan opah aku pergi ke Pekan Kuah sebab aku nak menginap di sana bukan apa, misi mak dengan opah aku ialah shopping, jadi aku cari la hotel yang dekat dengan area tu. Aku pilih Hotel Haji Ismail Group, memang best hotel tu, bercirikan islamic dan yang penting, selesa dan harga berpatutan. Hotel ni bagus sebab semuanya ada, tempat makan dekat, nak shopping pun dekat.



     Pada sebelah malam, aku bawa mak dan opah aku pergi makan dekat area dataran lang. Ia merupakan satu mercu tanda bagi Langkawi & ia juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di Langkawi. Patung helang yang tingginya lebih kurang 12 meter ini menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya.Kedudukan patung helang gergasi ini juga bersebelahan dengan jeti Kuah.Bentuknya yang unik & menarik serta kepaknya yang siap sedia untuk terbang ke langit ini membuatkan ianya menjadi satu pemandangan yang indah di mana para pelancong tidak sabar hendak mendarat di pulau ini. Sebelum makan, aku bawa diaorang ronda-ronda dekat dataran. Opah aku teringin sangat nak tengok tugu lang. Seronok betul opah aku bila tengok tugu lang dari dekat, sebab selalunya tengok kat tv jer. Aku apa lagi, jadi camera man la, ambil gambar diaorang. Last nya, gambar aku satu pun takde 😆


     Hari kedua, aku bawa mak dengan opah aku pergi berendam air panas dekat Telaga Air Hangat. Orang kata, kalau rendam kaki kat sini, boleh elok sakit urat dan lenguh-lenguh. Maklum la, mak dengan opah aku dah warga emas, jadi mudahlah diaorang ni kena sakit urat. Air panas yang mengalir dari telaga air panas ni bukanlah air tawar tetapi air masin. Mungkin sebab duk kat pulau, sebab tu la ada campuran garam. Aku tengok diaorang berendam kaki dah macam puteri nak bersiram jer....hehe.




     Habis jer berendam air panas, aku bawa diaorang pergi Makam Mahsuri. Makam Mahsuri yang terletak di kawasan Kota Mahsuri,Mukim Ulu Melaka.Ianya terletak kira-kira 12km dari Kuah.Makam Mahsuri ini juga dipercayai ialah tempat di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi ini.Cerita rakyat menyatakan bahawa Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia di hukum bunuh di Padang Mat Sirat.Sebuah perigi yang di gelar Perigi Mahsuri juga terdapat di situ.Tempat ini juga menarik untuk dijadikan tempat pelancongan.

     Opah aku ni dah lama tak pergi Makam Mahsuri, last sekali dia pergi, 30 tahun lepas, lama dah tu. Aku bawa la mak dengan opah aku ni masuk Makam Mahsuri dan harga tiket untuk satu kepala RM12. Masuk dalam kawasan Makam Mahsuri, kami berdoa dan membaca Al-fatihah di hadapan Makam Mahsuri. Setelah itu, kami ronda-ronda di kawasan tersebut sambil tengok rumah Mahsuri dan juga telaga Mahsuri. Ada orang kata, kalau basuh muka guna air dari telaga Mahsuri, boleh awet muda, entah betul entah tidak. Oleh kerana cuaca panas, aku bawa la mak dengan opah aku balik ke hotel untuk rehat.


     Hari ketiga, aku bawa mak dengan opah aku ronda-ronda dekat Cable Car. Kereta kabel ini ialah yang terpanjang di Malaysia dimana panjangnya ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.Kereta kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Chinchang iaitu di sebelah barat laut pulau tersebut.Kereta kabel ini mula dibuka pada 27 FEBRUARI 2005 bagi memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung tersebut yang tingginya lebih kurang 713 meter.Panorama gunung batu kapur pada zaman geologi Cambrian yang lebih kurang 500 juta tahun ini amat menarik.Panjangnya 2.2km & terpanjang di dunia ini mengalahkan kereta kabel yang berada di Switzerland. 

     Tapi tak naik pun, maklum la warga emas, gayat diaorang kata. Jadi kami chill-chill jer kat situ, sambil tengok Cable Car dan gelagat orang-orang kat situ. Lepas habis tengok Cable Car, kami pergi jalan-jalan kat Pantai Cenang. Pantai Cenang ni memang terkenal dengan tempat peranginannya, sebab keindahan pasir pantainya yang memutih dan laut yang biru. Kalau nak tengok sunset pun cantik kat sini. Kedai-kedai makan, kedai-kedai cenderahati dan hotel-hotel pun banyak kat sini dan menjadi tumpuan pelancong asing.





     Hari keempat, kami pergi shopping pulak. Macam-macam tempat kat pekan kuah tu kami pergi, HIG la, RAM la. Habis jugak la ribu-ribu. Tapi memang murah. Pulau Langkawi ni memang terkenal dengan Barang Bebas Cukai. Barang-barang yang menjadi buruan kaki-kaki shopping dekat sini adalah seperti pinggan mangkuk, hiasan kristal, coklat, kain pelekat, kain batik dan beg-beg travelling. Seronok betul diaorang bila dapat pergi shopping, yang tak seronok aku jer, sebab kena keluar duit 😅. Tapi takpe la, asal diaorang bahagia, lagi pun bukannya selalu pun.



     Bila dah Check out hotel tu, kami pun bergerak balik. Naik feri dan sampai la di Kuala Perlis. Sebelum balik ke Ipoh, aku bawa mak dengan opah aku makan di muara Kuala Perlis. Aku bawa diaorg di Restoran Api-Api. Dekat sini diaorang hidangkan makanan laut. Memang sedap dan harganya berpatutan. Ikan dia memang fresh dan yang paling best, diaorang bakar guna sabut, memang wangi la ikan bakar tu.

     Kami sampai di Ipoh pada waktu malam dalam jam 12 malam. Memang letih sangat sebab memandu jauh, tapi apa yang penting, mak dengan opah aku gembira dengan trip kali ini. Aku harap, next trip ni, aku dapat bawa diaorang lagi bersama dengan abah aku.

 -Tamat-





 




Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEJARAH INTERNET DI MALAYSIA

LAMB CHOP DAN SOS BLACK PAPER