Aku adalah aku
Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu bapa ku adalah sumber ilham dan inspirasi ku yang memberiku semangat untuk meneruskan perjuangan hidup yang penuh berliku-liku. Aku di besarkan di pinggiran bandar Ipoh yang sedehana sibuk, aman dan tenteram. Tempat yang sesuai dan selamat untuk aku membesar dan menjadi insan yang berguna bila aku besar nanti. Aku mempunyai cita-cita yang besar dalam hidup ini untuk aku membela nasib ibu bapa ku, keluarga ku, bangsa ku, agama ku dan negara ku yang tercinta ini. Walaupun perjalanan ku masih jauh, tetapi aku tekad untuk berusaha lebih lagi bagi memastikan cita-cita ku tercapai.
Oleh itu, aku telah menanam tekad untuk menyambung pelajaran ku peringkat Ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Walaupun aku baru melangkah masuk ke universiti tetapi itu adalah langkah permulaan untuk aku berjaya sama seperti orang lain yang telah berjaya. Aku berharap cita-citaku untuk menggenggam segulung ijazah, berjaya aku realisasikan. Kejayaan yang akan ku kecapi ini akan ku hadiahkan kepada ibu bapa ku yang telah berkorban untuk membesarkan aku selama mana aku hidup. Di harap cerita yang aku sampai kan ini dapat memberikan inspirasi kepada orang yang ingin berjaya dalam hidup
Sekian, wassalam.
Hasil nukilan
SANG PUJANGGA
Semalat Berjaya bergelar Graduan
ReplyDelete