MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2016-2017






Pelajar baharu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2016/20167 melafaz ikrar dan berjanji tidak mensia-siakan peluang yang diberi sebagai seorang mahasiswa.

Setiap pelajar perlu memahami matlamat mereka dan matlamat universiti. Mereka mempunyai matlamat masing-masing dalam kehidupan dan kerjaya, ada amanah dan harapan yang diberi oleh ibu bapa dan kaum keluarga tetapi universiti ini juga mempunyai harapan, visi dan matlamat yang perlu dicapai.

Jadi amat penting kerana institusi ini adalah sebuah institusi yang mempunyai satu kelainan yang amat sangat. Setiap daripada mereka mesti faham bahawa universiti ini mempunyai sejarah penubuhan dan peranan tersendiri.

Ikrar itu penting bagi mereka memahami bahawa tuntutan ke atas graduan hari ini seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada April lepas.

Turut hadir pada majlis ikrar tersebut Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan, dan pengurusan tertinggi universiti.

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SEJARAH INTERNET DI MALAYSIA

LAMB CHOP DAN SOS BLACK PAPER